ATLIT OLAHRAGA TUARAN SERTAI EDISI SULUNG PENAMPANG RELAY ATHLETICS CHAMPIONSHIP (1PRAC)

Written by on 23/08/2018

This slideshow requires JavaScript.

Atlit Tuaran Athletic Club telah menyertai edisi sulung Penampang Relay Athletics Championship (1PRAC) di Kompleks Sukan Penampang.

Perjumpaan bersama Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran, Encik Hamzah Md. Tahir dan Pegawai KBSS Daerah Tuaran, Encik Baxter Jilan, Presiden dan Ketua Jurulatih Kelab Olahraga Tuaran Encik Victor Suan dan Puan Josephen Maria Job berkata, penyertaan atlit tuaran itu menepati objektif kelab mereka untuk mengetengahkan bakat baharu dimana-mana kejohanan diadakan.

Semasa kejohanan tersebut, Kelab ini telah mendapat 2 pingat perak melalui acara 4 x 100m Lelaki Bawah 18 dan 4 x 400m Wanita Terbuka dan 3 pingat gangsa melalui acara 4 x 400m Wanita Terbuka, 4 x 100m Perempuan Bawah 12 Tahun dan 4 x 100m Lelaki Bawah 12 Tahun.

Kelab ini akan meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Terbuka Sibu 2018 pada 8-9 September 2018 di Sibu, Sarawak.

 

Sumber : Jabatan Belia & Sukan Negeri Sabah

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSP Pantai Barat


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background