Arluna dan Lidahnya bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Written by on 04/06/2018

Foto Ehsan Instgram dian_adisty

Masihkah anda ingat dengan filem Ada apa dengan cinta? Pasangan popular Indonesia Dian Sastrowardoyo dan Nicolas Saputra bakal kembali bergandingan menerusi filem Arluna dan Lidahnya.

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta ini mengakui gembira bakal bekerjasama sekali lagi bawah produksi Palari Films.

“Saya sebenarnya sangat senang kerana dapat berlakon bersama Nicolas dalam filem ini.

“Kerana saya sudah tahu cara kerja dia dan memang mudah untuk dapat keserasian. Dia juga tahu saya bagaimana,” ujar Dian seperti dipetik Detik Hot.com.

Bagaimanapun filem yang diangkat daripada novel karya Laksmi Pamuntjak ini mereka bakal menjadi sahabat baik.

“Yang menariknya, projek ini satu-satunya tidak bergandingan seperti pasangan kekasih seperti filem-filem sebelum ini.

“Walau belum boleh bercerita lanjut tapi saya pasyi ia adalah mencari sudut lain hubungan kerja yang belum pernah kami terokai bersama,” tambahnya.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background