VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Apa Motif dan Niat Fathia ‘memetik’ (mengaitkan) nama bekas tunang Sufian?

Written by on 06/04/2018

Masih hangat diperbualkan cerita mengenai hubungan Sufian dan Elfira di media sosial sehingga baru-baru ini viral muzik video lagu balas Di Matamu nyanyian Fathia. Sufian Suhaimi enggan memanjangkan isu mengenai pelakon Fathia Latiff yang menukar lirik lagunya, Di Matamu dengan mengaitkan nama bekas tunangnya, Elfira Loy.

Sufian, 26, berkata dia tidak tahu apa tujuan dan niat sebenar tindakan aktres tersebut namun berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadinya.

“Saya ada tengok muzik video lagu balas Di Matamu nyanyian semula Fathia yang dah diubah lirik.

“Bagi saya, tak ada masalah untuk dia nak ubah lirik lagu tersebut. Tapi apa motif dan niat dia ‘memetik’ (mengaitkan) nama individu tersebut, saya tak tahu.

“Tak ada isu pun bab itu. Tapi saya berharap ia tidak ada kena mengena dengan hal peribadi saya,” kata Sufian kepada mStar Online.

Sufian ditemui ketika sidang media Malaysia Floor Pattern Sport Dance Competition 2018 di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, di sini pada Khamis.

Penyanyi itu diminta mengulas mengenai tindakan Fathia yang mengaitkan nama bekas tunan Sufian iaitu Elfira di laman Twitter miliknya pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun Fathia dalam reaksinya kepada mStar Online pada Isnin lalu memberitahu dia tiada niat hendak mengambil kesempatan atas kisah putus tunang pasangan berkenaan.

Dalam perkembangan lain penyanyi yang mula popular menerusi lagi Terakhir ini meluahkan rasa teruja bakal membuat persembahan pertama di Istana Budaya.

“Sejujurnya memang saya agak gementar sebab ini kali pertama dapat beraksi di Istana Budaya. Walaupun bukan di pentas yang besar tapi ia cukup bermakna bagi saya seorang penyanyi.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *