Current track
Title
Artist

Background

Ani Maiyuni lebih selesa menyanyikan genre dangdut berbanding muzik lain

Written by on 03/07/2018

Ani Maiyuni yang popular dengan irama dangdut belum terfikir untuk menukar genre nyanyiannya selepas hampir dua dekad menghadapi sepak terajang industri hiburan, Ani Maiyuni atau nama sebenar Aishah An-Nur Osman, lebih selesa menyanyikan genre dangdut berbanding muzik lain kerana mahu mempertahankan irama berkenaan.

Katanya, dia tidak mahu irama dangdut dilupakan pendengar muda khususnya.

“Saya bukan memilih atau cerewet tetapi bimbang jika ‘berhijrah’ ke muzik lain, siapa yang akan pertahankan irama dangdut?

“Lagipun, artis dangdut boleh dikira dengan jari. Saya belum nampak lagi pelapis penyanyi dangdut yang boleh membawa muzik ini ke depan.

“Jadi, biarlah saya terus persembahkan lagu dangdut bersama rakan artis lain. Tambahan pula, permintaan penyanyi dangdut dalam persembahan hiburan masih berjalan dengan rancak,” katanya.

Menurut Ani, keputusannya untuk terus mengekalkan muzik dangdut bukan bermakna dia tidak mampu menyanyikan lagu bergenre lain.

“Sejak awal pembabitan dalam bidang seni, saya sudah diajar menyanyikan lagu yang pelbagai.

“Jadi, saya tiada masalah untuk membawakan sebarang lagu yang mengikut kemampuan vokal saya. Dalam setiap persembahan, saya juga selalu menyanyikan lagu balada, irama Malaysia, pop dan lagu Inggeris,” katanya.

Ditanya bilakah dia akan tampil dengan single baru, penyanyi berusia 40 tahun ini tidak mahu terburu-buru.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : HMetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *