Anggota 100%, Seo Min Woo meninggal dunia akibat serangan jantung

Written by on 30/03/2018

KETUA kumpulan 100% K-POP Korea, Seo Min Woo meninggal dunia pada Ahad lalu selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumah di Gangnam, Seoul.

The Korea Herald melaporkan mendiang yang baharu berusia 33 tahun menghembuskan nafas terakhir sebelum paramedik tiba di rumahnya untuk memberi bantuan kecemasan.

Antara berita yang di laporkan oleh Facebook Page FansDrama

Syarikat pengurusannya dalam kenyataan memaklumkan pengebumian Minwoo akan diadakan dalam masa terdekat secara tertutup atas permintaan ahli keluarganya.

“Kami berduka cita dengan berita sedih ini. Sebagai ketua kumpulan 100%, Min Woo telah menggalas tanggungjawabnya dengan baik,” kata wakil syarikat berkenaan.

Kumpulsn 100%

Selain Min Woo, 100% turut dianggotai oleh Rockhyun, Jonghwan, Chanyong dan Hyukjin.

Sementara itu, 100% sepatutnya mengadakan konsert di Jepun pada 21 dan 30 April depan dan persembahan itu mungkin dibatalkan bagi menghormati kematian Minwoo.

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background