VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Andi Bernadee diganggu penyanyi popular

Written by on 23/12/2017

Andi Bernadee, seorang lagi bakat baharu berasal dari Sabah yang viral selepas menyanyikan semula lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal Upiak Isil secara parodi tular di media sosial, mendedahkan sering diganggu kiriman mesej berbaur lucah daripada seorang penyanyi popular.

Dakwa pemuda berusia 26 tahun itu, boleh dikatakan saban hari mendapat komen dan mesej daripada penyanyi terbabit di laman sosial Instagram.

“Hampir sebulan juga saya diganggu olehnya. Setiap kali saya memuat naik ‘Insta Story’, dia antara orang terawal memberikan komen yang agak keterlaluan.

“Pada awalnya, saya sangkakan ia hanyalah gurauan. Bagaimanapun, semakin hari semakin menjadi-jadi pula sikap gatalnya.

“Saya jujurnya berharap semua itu hanyalah gurauan dan jauh sekali hendak melayan nafsunya. Saya harap penyanyi terbabit sedar, tindakannya itu hanya akan mengundang tanggapan buruk kepadanya sendiri,” kata Andi yang mula melangkah ke persada seni menerusi lagu, Tiada Lagi Maaf, awal tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengikuti program promosi percutian halal di Taiwan bersama penyanyi, Hafiz Hamidun dan Bella Nazari.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Bharian.com.my

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *