Amy Search tegur Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman

Written by on 23/08/2018

AMY Search, Penyanyi Lagenda negara tampil memberi teguran kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman susulan tindakannya memuatnaik video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikan di Instagram baru-baru ini.

Amy menerusi ruang komen menganggap perbuatan Aliff itu langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada dirinya sendiri dan tuntutan kerja bukan alasan munasabah.

“Maaf Datuk, sedang umat Islam memanjatkan doa tapi Datuk memanjatkan video promo berunsurkan lucah sambil ketawa melekek-lekek tengok orang tu lambung t***k.

“Langsung tidak menghormati diri sendiri. Tuntutan kerja? Datuk banyak duit, awak boleh tentang habis-habis sebab awak sendiri boleh nilai tetapi kerana awak mahukannya dan awak sukakannya.

“Awak mahu semua orang bercakap mengenainya. Lebih banyak orang bercakap mengenainya, ia lebih banyak memberi manfaat,” tulisnya.

Video promo Bobo Di mana boleh ditonton di laman instagram @Aliffsyukriterlajaklaris

Terdahulu, Aliff dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha.

Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Antara babak tarian dalam video yang dimuatnaik Aliff di Instagramnya.

Video berdurasi 34 saat yang dimuatnaik di Instagram Aliff Syukri dua hari lalu memaparkan, usahawan kosmetik itu bersama dengan Lucinta dan Sajat menyanyi sambil menari mengikut rentak lagu dangdut tersebut.

Namun tarian itu agak keterlaluan apabila Lucinta dan Sajat tampil berpakaian seksi sambil menggoyangkan buah dada mereka.

Komen Datuk Seri Aliff Syukri terhadap luahan rasa kecewa Wardina

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MStar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background