Current track
Title
Artist

Background

Alvin Chong akui kecewa dengan mentaliti masyarakat.

Written by on 29/06/2018

Alvin Chong kini di bawah naungan Syarikat Rakaman Gergasi Universal Music

Pelakon dan penyanyi berbangsa cina, Alvin Chong, 26, mengakui dia berasa amat kecewa dengan mentaliti segelintir peminat yang sering meminta dia bertukar agama sejak menceburkan diri dalam pasaran Melayu. Perkara itu sedikit sebanyak menggores perasaannya yang merupakan pengganut agama Kristian.

“Saya kecewa apabila ada orang yang tidak kenal bertanya atau berjenaka berkaitan agama serta bertanya bila saya ingin menukar agama.

“Perkara seperti ini juga berlaku terhadap orang Melayu yang berhijrah keluar negara, mereka juga turut melalui perkara yang sama iaitu akan ada yang bertanya dan meminta mereka tukar agama. Itu yang saya rasa,” ujarnya kepada mStar Online.

Alvin ditemui pada majlis pelancaran single We Got This bersama penyanyi Filipina Isabela Vinzon di Hotel Le Meridien, di sini, malam Rabu.

Dalam pada itu, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu memberitahu pendekatan untuk menarik dia mengenali agama Islam sepatutnya dilakukan dengan cara yang lebih baik.

“Dia perlu kenal dan jadi kawan saya dahulu. Kenapa masih ada orang bermentaliti begini di Malaysia?

“Mereka tanya bila saya nak sunat (bersunat), bila nak masuk Islam dan bergurau tentang agama. Bagi saya ia terlalu peribadi. Saya tidak akan balas mesej-mesej begini kerana ia hanya akan menjadi perkara serius dan sensitif,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas kerjaya lakonan, Alvin mengakui pernah menerima tawaran membawa watak lelaki Melayu.

Bagaimanapun, dia terpaksa menolak tawaran tersebut berikutan belum bersedia dan masih belum fasih berbahasa Melayu.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *