Current track
Title
Artist

Background

Altimet bersara dari dunia seni

Written by on 11/01/2018

Foto Ehsan Instagram @altimet

Ahmad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet, 39, merupakan seorang komposer, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau memperjuangkan irama hip hop. Altimet pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew. Selepas kumpulan itu berpecah, beliau memulakan kerjaya secara solo. Dan beliau masih meneruskan keputusan untuk bersara dari dunia seni walaupun rezekinya melimpah ruah sejak kebelakangan ini.

Katanya, dia bersyukur dengan rezeki yang diberikan namun pada masa yang sama Altimet melihat ia sebagai ujian sama ada dia akan mengotakan kenyataannya sebelum ini atau tidak.

“Alhamdulillah, rezeki datang tanpa dijangka. Saya cuma lakukan semua perkara sebaik mungkin sebelum bersara sebagai penyanyi dan penghibur.

“Rezeki yang datang itu mungkin juga satu ujian kerana banyak pula rezeki datang apabila tarikh untuk bersara itu semakin hampir.

“Apa pun, buat masa ini saya masih dengan keputusan saya. Saya tidak akan merakamkan lagu dan membuat persembahan bermula pada 27 November tahun ini bersempena dengan tarikh lahir saya yang ke 40,” katanya.

Bagaimanapun, Altimet tidak akan berhenti dari terus menulis dan menghasilkan lagu untuk penyanyi lain kerana itu adalah minatnya.

Lagu Amboi nyanyian Altimet adalah satu-satunya lagu genre hip hop yang bakal bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pada Februari depan.

Selain itu, lagu ciptaannya berjudul KL Wangan juga menjadi runut lagu untuk filem Kl Wangan.

Altimet turut berlakon dan terbabit dalam penulisan lagu untuk teater muzikal Ola Bola.

 

Sumber : Hmetro Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *