Altimet bergiat aktif dalam bidang lakonan dan bakal bersara sebagai penyanyi

Written by on 13/03/2018

Foto Ehsan Instagram Altimet

ALTIMET bergiat aktif dalam bidang lakonan selepas dia memutuskan untuk bersara daripada bidang nyanyian pada November depan.

Altimet atau Ahmad Abdul Rahman, 40, berkata, keputusan untuk bersara bukan bererti dia meninggalkan dunia seni sepenuhnya dan masih terbuka kepada perkara lain termasuk lakonan.

“Sebelum ini saya ada beberapa kali berlakon tetapi watak diberikan tidaklah besar namun selepas ini jika ada yang ingin menawarkan saya berlakon saya tidak menolak jika bersesuaian.

“Saya cuma bersara daripada menyanyi dan buat album tetapi saya masih dalam bidang seni untuk perkara lain,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Altimet berkata, penglibatannya dalam teater muzikal Ola Bola di Istana Budaya yang baru berkahir semalam (Ahad) banyak membuka matanya tentang lakonan.

Kata Altimet, lakonan pementasan teater bukan mudah seperti yang disangkakan namun ia memberi prespektif berbeza kepada dirinya selain menyifatkan ia antara pengalaman mencabar dalam kariernya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : Mstar Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background