VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Altimet bakal bersara daripada dunia seni pada hari jadi ke-40

Written by on 24/07/2018

 

ALTIMET, penyanyi rap, berhasrat untuk mengadakan mini konsert sempena bakal bersara daripada dunia seni iaitu pada hari jadinya ke-40 pada 27 November depan.

Altimet berkata persembahan itu diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua peminat setianya yang menyokong kerjayanya selama ini.

“Saya memang ada perancangan untuk mengadakan mini konsert sebelum saya bersara daripada membuat persembahan dalam industri seni.

“Konsert tersebut istimewa untuk peminat-peminat dari mula hingga kini serta peminat baharu yang sentiasa menyokong karya saya.

“Tapi buat masa sekarang, masih dalam perbincangan. Belum ada tarikh atau lokasi yang ditetapkan… Perlu ada susunan perancangan yang betul,” kata Altimet kepada mStar Online.

Sebelum ini, penyanyi lagu Amboi ini pernah mengeluarkan kenyataan bakal bersara daripada melakukan persembahan dalam industri seni apabila usianya genap 40 tahun.

Dalam pada itu, Altimet mempertaruhkan lagu terbaharunya berjudul Bunga bagi percalonan awal Muzik-Muzik 33.

Menurut Altimet, dia akan memilih penyanyi untuk menyanyikan lagu tersebut sekiranya layak ke peringkat seterusnya selepas persaraannya nanti.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online
Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *