VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Allahyarham Latiff Borgiba meninggal dunia pada tarikh lahirnya.

Written by on 17/12/2017

Foto Ehsan BHOnline

 

Pelakon veteran yang terkenal dengan watak antagonis, Latiff Borgiba, 80, sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960-an sehingga 1980-an yang mengenalinya. Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem.Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan. Latiff dilahirkan di Bangkok, Thailand dan berhijrah bersama keluarga ke Kuala Lumpur pada 1946.

Allahyarham Latiff atau nama sebenarnya, Abdul Latiff T K Gomu Kakah meninggalkan seorang isteri dan 13 anak, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Setapak di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin (14 Disember 2017).

Pemergian Latiff disahkan isterinya, Fatimah Leman ketika dihubungi BH Online. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di sini, pada jam 10 malam semalam.

 

Watak antagonis dengan imej misai tebal dan lakonan mantap membuatkan penonton mengingati setiap filem atau drama yang dilakonkan Latiff.

Pada Disember 2014, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu tidak sihat. Baca lebih lanjut klik sini…

 

Antara lakonan Allahyarham Latiff Borgiba pada tahun 80-an

Sumber: Berita Harian Online

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *