Album lagu tradisional tidak dapat direalisasikan

Written by on 28/09/2018

Dato Nassier Wahab – Foto ehsan HMetro Online

 

Penyanyi Datuk Nassier Wahab mengakui pemergian Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah satu kehilangan besar buat dirinya sebagai anak seni dan juga dunia seni tanah air serta jasanya terus kekal di hati ramai orang..

“Memang rasa ralat apabila perancangan kami tidak dapat direalisasikan. Pak Ngah sebelum ini pernah merancang menghasilkan album lagu tradisional untuk saya namun tidak kesampaian,” katanya.

“Saya tahu dia sakit tapi tak pernah nampak dia berada dalam keadaan yang lemah. Pemergian Pak Ngah satu kehilangan besar buat negara sebagai pejuang muzik tradisional,” katanya.

Kata Nassier, hubungannya dengan Pak Ngah sangat akrab sejak perkenalan di RTM satu ketika dulu.

“Dulu, kami selalu bekerjasama dalam program di RTM. Waktu itu, kalau artis nak rakamkan suara kami akan ke studio Pak Ngah.

“Saya pun banyak bekerjasama dengan Pak Ngah kerana banyak lagu tradisional saya nyanyikan,” katanya.

Nassier turut memaklumkan baru-baru ini Pak Ngah memasukkan namanya ke dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Dalam ‘group’ ini, dia bertanya bila saya nak rakamkan lagu ciptaannya dan dari situ kami banyak berinteraksi mengenai seni.

“Selain itu, dia juga selalu minta pendapat saya mengenai lagu yang diciptanya. Ada beberapa kali, dia minta saya nyanyikan lagu yang dia cipta kerana nak dengar bagaimana hasilnya,” katanya.

Apa yang pasti, tiada siapa mampu menggantikan tempat Pak Ngah dalam arena seni di Malaysia.

 

 

Sumber : HMetro Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background