Akhirnya Kelab peminat Fattah Amin umum pembubaran.

Written by on 04/07/2018

SELEPAS lima tahun ditubuhkan dengan tujuan menyokong kerjaya pelakon popular Fattah Amin, akhirnya kelab peminat rasmi The Fa Team dibubarkan.

Berita pembubaran itu diumukan kelab berkenaan pada malam Selasa.

Menerusi laman sosial @Thefa_Team, keputusan tersebut disebabkan status yang dimuat sebelum ini telah menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat aktor itu.

Logo Fan Club Fattah Amin

“Rasanya tidak perlu tempoh bertenang yang kami inginkan. Selagi mana ada pihak yang masih tidak mahu berlapang dada, selagi itu keadaan akan menjadi keruh dan tak ada kesudahan.

“Kami mohon maaf sekiranya kenyataan kami siang tadi menimbulkan kacau bilau, apatah lagi untuk menjatuhkan maruah sesiapa seperti digambarkan segelintir pihak,” tulisnya pemilik akaun itu.

Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati akaun laman sosial iaitu Instagram dan Facebook kelab peminat itu sudah dipadam.

Sebelum itu, kelab peminat tersebut memuat naik status memberitahu mereka mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu. Status tersebut menjadi pertikaian segelintir netizen.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MSTar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background