VOKfm

Bukan Biasa-biasa

Current track
Title
Artist

Background

Ajai teruja apabila hasrat menyunting penyanyi veteran, Sanisah Huri

Written by on 07/06/2018

AJAI Komposer terkenal, teruja apabila hasrat menyunting penyanyi veteran, Sanisah Huri untuk terbabit dalam projek rakaman album Hari Raya terbitannya bersama dua komposer terkenal lain menjadi kenyataan.

Ajai atau nama lengkapnya, Mohd Faizal Maas berkata, dalam album Nada Seni Gema Lebaran Legenda itu, Sanisah merakamkan kembali tiga lagu popularnya, Aidilfitri, Bersabarlah Sayang dan Aidilfitri dalam versi baharu

“Alhamdulillah, ketika kami menawarkan peluang untuk terbabit dengan pembikinan album ini, dia terus bersetuju tanpa banyak bicara. Dia (Sanisah) juga seronok kerana tidak sangka lagu yang sudah dirakamkan sejak lebih empat dekad itu kembali diberi nafas baharu.

“Kita tidak mengubah melodi asal lagu itu kerana ia sudah sedia cantik. Cuma, muziknya sahaja diperbesarkan. Walaupun Sanisah sudah lama tidak merakamkan lagu dalam studio, sesi rakaman berjalan lancar dan vokalnya masih lunak seperti dulu,” katanya kepada BH Online.

 

Mengulas lanjut pembikinan album ini, naib juara Anugerah Juara Lagu 2016 itu menjelaskan, album terbitan bersama S Atan dan Hadi Hassan ini ditujukan khas buat penyanyi legenda yang pernah menyinar dalam industri muzik tempatan.

“Kebanyakan lagu yang dirakamkan semula pernah dibawakan penyanyi legenda seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan isteri, Allahyarham Puan Sri Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datin Rafeah Buang, S Jibeng, Datuk Ahmad Jais dan ramai lagi.

“Penyanyi yang kita pilih pula adalah nama besar dalam industri yang memiliki vokal hebat,” kata komposer berusia 42 tahun ini.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : BHarian Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *