VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

Aishah tumpukan perhatian semula sepenuhnya dalam industri seni

Written by on 03/07/2018

Aishah mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia politik bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier dalam industri seni menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, menerusi laman Instagramnya ada memuat naik komen salah seorang netizen yang menyatakan keputusan itu dibuat disebabkan dia tidak dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang diadakan 9 Mei lalu.

Tanpa berdiam diri, penyanyi lagu Janji Manismu itu membalas semula komen tersebut dengan menjelaskan sebab utama dia memilih untuk meninggalkan bidang itu.

“Untuk pengetahuan, I memang minta untuk tidak dicalonkan. I sayangkan industri seni, tak pernah fikir diri sebagai ahli politik lebih sebagai anak seni.

“Orang nak cakap apa pun cakaplah. Sekurang-kurangnya apa I buat tak rembat duit rakyat. I buat komen pun berani letak nama dan gambar sendiri.

Sumber daripada instagram @aishahhjmm

 

“Menyanyi sampai ke tua tak ada hal babe, itu kelebihan dan skill yang bukan ramai yang ada. Lumayan lagi,” tulisnya.

Manakala menerusi kapsyen foto paparan skrin komen tersebut, Aishah meminta netizen tidak menghina penggiat seni yang mencari rezeki dengan bakat yang ada.

Aishah juga mencabar netizen yang meninggalkan komen negatif untuk berani menggunakan foto wajah sendiri.

“Kesian orang macam ni, komen main suka hati tok nenek dia saja tak berasas. Kalau ya pun I menyanyi sampai tua, jadi apa? Ada minta makan dengan dia ke?

“Tak payah hinalah penggiat seni, kami cari makan gunakan bakat yang ada pada kami, tak payah jadi cybertrooper hidup bergelumang dosa mengata orang.

“Kalau berani tunjuk muka la, mengapa kecut sangat nak letak gambar. Balik batu sorok tangan,” katanya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online

 

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *