Aishah bersuara bahawa artis ada hak beri pendapat berkaitan kos sara hidup.

Written by on 08/01/2018

AISHAH, juara program Gegar Vaganza musim keempat menggesa semua pihak untuk menghormati dan tidak memperkecil pandangan para artis mengenai kos sara hidup.

Bercakap pada sebuah konvensyen parti politik baru-baru ini, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata selebriti mempunyai hak untuk menyatakan pandangan mereka termasuk isu semasa.

“Apabila kami bangkitkan sesuatu, janganlah kecam kami. Kami mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan kami,” katanya.

Penyanyi lagenda Sheila Majid baru-baru ini menarik perhatian umum dengan menyatakan pendapatnya di Twitter tentang peningkatan kos sara hidup.

Aishah berkata beliau berdiri sebagai seorang artis yang pernah berada dalam industri selama lebih dari 30 tahun dan tidak mahu mempolitikkan perkara itu.

“Kami menyuarakan kerana sebarang keputusan politik akan memberi kesan kepada kami, jangan cuba menghalang kami kerana kami juga profesional,” katanya.

Aishah menambah bahawa selebriti tidak boleh diskriminasi jika parti pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

“Jangan lupa kita apabila kamu berkuasa. Jangan jemput kami hanya ketika kempen, tetapi selepas itu, lupa tentang kami,” tambahnya.

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : mStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background