Aiman Tino tercabar untuk menerima tawaran lumba kereta.

Written by on 12/07/2018

Antara barisan selebriti yang akan menjayakan Toyota Gazoo Racing musim kedua. – Foto ehsan Instagram Aiman Tino

Aiman Tino meluahkan rasa teruja apabila menerima tawaran untuk menjadi salah seorang selebriti bagi program Toyota Gazoo Racing musim kedua.

Aiman, 19, berkata dia berasa tercabar untuk bersaing dengan sembilan orang peserta lain yang sudah mahir dalam bidang perlumbaan.

“Di rumah saya ada kereta manual dan sudah biasa memandu kereta itu. Perlumbaan kereta memang rasa macam mencabar.

“Selain itu, rasa tercabar juga sebab ramai peserta yang sudah mahir. Tapi saya akan cuba yang terbaik untuk bersaing dengan mereka,” kata Aiman kepada mStar Online.

Aiman ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan selebriti Toyota Gazoo Racing muzim kedua di APW Bangsar, di sini baru-baru ini.

Tambah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, pada mulanya dia tidak mendapat keizinan ibunya untuk menyertai program tersebut.

Namun, ibunya bersetuju selepas Aiman menjelaskan tawaran tersebut adalah peluang untuk dia mencuba sesuatu yang baharu dalam industri seni.

“Pada mulanya, ibu tak bagi saya sertai program itu. Tapi dia okey selepas saya cakap kena cuba sesuatu yang baharu dalam industri.

“Bagi saya, perlumbaan kereta ini memang risiko dan lasak tapi sebab benda ini lain dari bidang saya.

“Tak salah nak mencuba perkara yang lain dari bidang Aiman Tino,” ujarnya.

Baca lebih lanjut klik sini…

Sumber : MStar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background