Aiman Tino berharap Haqiem Rusli tidak mempermainkan isu kemurungan.

Written by on 08/07/2018

Aiman Tino

LAGI isu mengenai Haqiem Rusli. Dan yang terbaharu, sebagai rakan artis yang sama-sama membina nama, penyanyi Aiman Tino berharap sahabatnya, Haqiem Rusli tidak mempermainkan isu kemurungan.

Aiman, 20, berkata sekiranya benar Haqiem mengalami masalah kemurungan, dia perlu meminta pertolongan daripada pihak yang berkebolehan memberi pendapat selain mendapatkan nasihat daripada kedua ibu bapanya.

“Saya faham bukan mudah untuk berada dalam industri ni. Tapi saya harap apa yang Haqiem lakukan itu bukanlah sekadar gimik. Sebab isu kemurungan itu tak boleh dibuat main.

“Isu itu terlalu serius. Walaupun dia cakap apa dilakukannya itu sekadar gimik tapi sudah tentu peminatnya akan berasa sedih. Kalau betul dia ada masalah, kena minta pertolongan pihak yang betul.

“Atau juga dapatkan nasihat daripada ibu dan bapa kita. Sebab peranan mereka sangat penting. Apa-apa pun kena minta nasihat mereka,” kata Aiman kepada mStar Online.

Aiman ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, di sini,  pada Rabu.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini juga antara selebriti yang sentiasa menerima kritikan dan kecaman daripada netizen.

Malah, Aiman mengakui dia pernah berasa tertekan dengan komen negatif peminat namun menganggap perkara itu remeh dan tidak perlu difikirkan.

“Memang pada mula saya ceburi bidang seni dan mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, saya rasa tertekan. Sampaikan hari ini saya masih terima komen-komen negatif.

“Tapi lama kelamaan, saya anggap perkara itu remeh. Saya lihat daripada sudut positif sahaja dan yang negatif itu kita tak perlu fikir,” ujarnya.

Sebelum ini, Haqiem memaklumkan dia mengalami kemurungan sehingga memaksa dia untuk meninggalkan dunia seni namun keputusannya itu berubah selepas menerima sokongan ramai.

Haqiem Rusli

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

 

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background