Aiman Tino bakal menunaikan umrah

Written by on 12/11/2017

Alhamdulillah… Berkat rezeki dan hasrat yang diidamkanm, penyanyi Aiman Tino atau Mohammad Aiman Yusri, 19, bakal untuk menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi. Aiman berkata dia dan ibu-bapanya diberi kesempatan mengerjakan ibadah umrah pada hujung bulan ini.

Aiman bakal mengerjakan ibadah umrah bersama ibunya, Hazelina Mat Jalil dan bapa, Yusry Ishak. Aiman berkata kepada mStar Online “Lebih manis lagi, saya ke sana bersama ibu dan ayah, semoga urusan kami di tanah suci dipermudahkan,”.

Aiman dan keluarga akan berangkat menunaikan ibadah umrah pada 25 November ini.
Dalam perkembangan lain, Aiman akan melancarkan baju sekolah di bawah jenamanya sendiri iaitu Aiman Junior.
Aiman berkata, dia terfikir untuk menerokai bidang perniagaan dan memilih pakaian seragam sekolah sebagai permulaan.

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background