Afgan terkenangkan detik cemas ketika berlakunya gempa bumi pada 29 Julai lalu.

Written by on 03/10/2018

Afgan dan rakan-rakan artis akan mengadakan konsert amal bertujuan untuk mengumpul dana.

Kejadian Tsunami yang berlaku di Sulawesi pada Ahad lalu membuatkan penyanyi Afgan terkenangkan detik cemas ketika berlakunya gempa bumi di Lombok, Indonesia pada 29 Julai lalu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 29, berkata dia yang ketika itu sedang bercuti di Bali turut merasai gegaran tersebut.

“Kebetulan ketika berlakunya gempa bumi di Lombok, saya berada di Bali dan turut merasai gegaran tersebut.

“Waktu kejadian berlaku pada 7 pagi saya masih tidur dan saya bangun dalam keadaan disebabkan rasa gegaran gempa bumi yang kuat.

“Saya rasa, itulah pengalaman besar yang menakutkan. Bayangkan gegaran itu di Bali, sudah pasti di Lombok lagi kuat,” katanya kepada mStar Online.

Afgan ditemui ketika sidang media Konsert Dekade di Shangri La Hotel, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, gempa berukuran 6.4 skala Richter menggegar destinasi pelancongan popular Lombok yang terletak kira-kira 100 kilometer di timur Pulau Bali di Indonesia.

Tambah penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu ini, dia turut bersedih dengan berita mengenai gempa bumi yang berlaku di Sulawesi Tengah pada 28 September lalu.

 

Baca lebih lanjut klik sini…

 

Sumber : MStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background