VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
Title
Artist

Background

“@aerilzafrel berapa RT untuk kau ceraikan Wawa Zainal” Permintaan dianggap keterlaluan

Written by on 17/07/2018

Aeril Zafrel dan keluarganya sentiasa menjadi perhatian netizen di laman sosial, sehingga kehidupan dan hubungan mereka dipermainkan.

Malah, Aeril atau Suhairil Sunari, 30, berasal dari Lahad Datu Sabah, antara selebriti yang aktif dan gemar membalas komen menerusi laman Instagram atau Twitter.

Terbaru, terdapat akaun Twitter yang menggunakan nama dan foto hantu pocong telah melakukan provokasi Aeril.

Pemilik akaun @pxcxng itu bertanya berapa banyak ulang kicau (retweet-RT) yang diperlukan untuk Aeril menceraikan isterinya, Wawa Zainal.

“@aerilzafrel berapa RT untuk kau ceraikan Wawa Zainal,” tulis akaun tersebut.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap itu tidak cepat melatah dan hanya mempersoalkan semula permintaan pemilik akaun tersebut.

“Hmmm apa punya RT la kau minta ni?” soal Aeril.

Tindakan pemilik akaun tersebut memuat naik permintaan itu telah mendapat kecaman daripada pengikut di laman sosial yang rata-ratanya beranggapan ia keterlaluan.

Baca lebih lanjut klik sini…
Sumber : MStar Online

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *