Adira lali dengan kecaman netizen

Written by on 08/02/2018

 

 

Foto Ehsan Instagram @adira.suhaimi

LAGI Adira dikecam gara-gara menjadi muka depan isu status isteri kedua bersama Izreen Azminda, Adira malas mahu melayan kritikan pedas yang dilemparkan peminat. Mengakui sejak bergelar isteri kedua, Adira sudah menerima pelbagai kecaman sehingga sudah lali.

“Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan lain kerana lama-lama mereka akan diam sendiri. Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun”

“Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi secara peribadi saya tiada masalah dengan tajuk tersebut. Tetapi saya faham isu poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada m Star Online.

Selain itu, Adira turut meluahkan rasa simpati terhadap Izreen yang teruk dihentam peminat kerana statusnya juga sebagai isteri kedua. Terdahulu majalah tempatan telah menampilkan mereka sebagai muka depan majalah dengan isu ‘Naluri Isteri Nombor Dua’.

Ramai mempersoalkan tindakan majalah itu mengambil mereka sebagai muka depan, seolah mengangkat mereka yang digelar perampas rumah tangga. Kerana isu itu juga ramai mahu memboikot tidak mahu membeli majalah itu.

 

Sumber : Rotikaya.com & mStar Online


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background