Rich menggabungkan 6 rock band tempatan dalam Konsert ROCKNEO’18

Written by on 11/09/2018

KOTA KINABALU: Sebanyak enam kumpulan rock band Sabah bakal menggegarkan pentas konsert rock ROCKNEO’18 pada 23 September ini.

Konsert ROCKNEO’18 yang julung kalinya diadakan itu akan berlangsung di pentas Drum Asia Live KK, Pusat Membeli-Belah Oceanus Waterfront bermula jam 5 petang.

Terdapat dua buah band yang berasal dari daerah Keningau iaitu, Suistereo dan Buzzing Joker, manakala band-band yang lain semuanya berasal dari daerah Kota Kinabalu seperti B.O.I.L, The Jethroes, Chugs on Deck dan Me Gusta!!.

“Untuk konsert yang akan datang ini, para penonton akan dihiburkan dengan persembahan dalam genre rock yang pelbagai iaitu daripada ‘post-grunge’ dan ‘alternative post-rock’ ke genre ‘indie rock’ dan ‘stoner rock’. Ini sudah pastinya merupakan satu acara yang tidak boleh dilepaskan,” katanya dalam satu sidang media Konsert ROCKNEO’18 di sini hari ini.

Katanya, matlamat konsert berkenaan dijalankan adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat para pemuzik di Sabah melalui pertunjukan konsert-konsert seumpama itu.

Baca lebih lanjut klik sini

Sumber : SabahNewsToday

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background