6 Penyanyi Remaja yang Popular tahun 2017

Written by on 31/12/2017

Tahun 2017 adalah tahun yang banyak munculnya penyanyi remaja lelaki baharu yang mencetuskan fenomena dan menjadi kegilaan ramai gadis. Yang pasti semuanya masih solo.

 

Berikut adalah senarai 6 penyanyi remaja lelaki paling popular dan meletop sepanjang tahun 2017.

1. Aiman Tino

Wish me luck Guys !! #ATF🌹

A post shared by Manno (@official_aimantino) on

Baru berusia 19 tahun, Aiman Tino mula mendapat perhatian umum selepas lagu single pertamanya iaitu Ku Rela Dibenci yang mula mendapat sambutan ramai. Aiman Tino mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak usia 10 tahun.

 

2. Ismail Izani

– I got better signals than you 👂🏻💯

A post shared by one and only (@ismailizzani_) on

Ismail merupakan anak kepada penyanyi yang popular pada tahun 1980-an iaitu Datin Suliza Salam. Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul Sabar hasil ciptaannya sendiri semakin meniti di bibir pendengar.

 

3. Irfan Haris

I'm watching you 👀 #goodnight

A post shared by Irfan Haris Othman (@irfannharis) on

Berusia 16 tahun, Irfan merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon popular Amira Othman. Irfan pernah memasuki pertandingan Idola Kecil dan Ceria Pop Star.

 

4. Tajul

Tajul Ariff Noor bin Md. Shari atau juga dikenali sebagai Tajul merupakan adik kepada Allahyarham Abdillah Murad bin Md. Shari (Achik Spin) dan Arwis Qarani (Awis Spin). Tajul sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Akhdan di bawah Hijjaz Records.

 

5. Meer Nash

Happy Friyay guys! #meernash #tgif

A post shared by Meer Nash 沙米尔 (@meernash) on

BEKAS ahli kumpulan VOTEz, Meer Nash membuat keputusan untuk bergerak solo selepas 2 tahun bersama kumpulan tersebut. Meer kini merupakan pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

6. Haqiem Rusli

Baru saja berusia 19 tahun, Ridzuan Haqiem bin Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik termuda di Malaysia.

 

Sumber : ROTIKAYA.com


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


VOKfm

Bukan Biasa-Biasa

Current track
TITLE
ARTIST

Background