5 Ciri-ciri lelaki idaman Neelofa

Written by on 19/12/2017

NEELOFA yang baru-baru ini dilantik sebagai Ali lembaga pengarah Air Asia sejak kebelakangan ini tak habis-habis dikaitkan dengan pelakon sensasi Fattah Amin walaupun Fattah sudah pun mendirikan rumahtangga bersama Fazura.

Menurut tuan punya badan, Neelofa sendiri hairan mengapa lelaki takut untuk mendekatinya.

Memandangkan Neelofa ni masih lagi solo, mesti ramai lelaki di luar sana nak tahu ciri-ciri lelaki idaman Neelofa.

1. Matang

Perkara yang paling utama , lelaki tersebut harus lebih matang. Lebih memahami sesuatu hubungan dan berpandangan jauh. Ciri ini penting untuk menentukan masa depan diri dan juga keluarga.

2. Pandai jaga Diri

Jejaka itu harus pandai menjaga diri dan juga pasangannya. Dalam sesebuah hubungan, jejaka tersebut haruslah pandai mengawal keadaan dan tidak bergantung pada orang lain.

3. Pandai Mengawal pasangan

Menurut Neelofa, dia merupakan seorang yang suka menguasai hubungan, jadi pasangannya kelak harus bijak mengawal Neelofa. haa mampu ke tidak?

4. Berjaya dalam hidup

Lelaki tersebut harus mempunyai kerjaya dalam hidup, kuat mencari rezeki dan rajin berusaha untuk lebih berjaya di masa akan datang.

5. Suka lelaki wangi

Neelofa ada kongsikan satu rahsia bahawa dia merupakan seorang wanita yang mudah tertarik dengan bau-bauan yang harum dan wangi. Boleh dikatakan Neelofa ni sangat sukakan lelaki wangi.

 

Sumber: Rotikaya.com

Tagged as

Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background