35 buah rumah setinggan musnah terbakar di Kg. Gelam, Sandakan

Written by on 09/09/2018

Api sedang marak di Kg Gelam dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Kira-kira 35 buah rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran di Kg. Gelam awal pagi tadi di sini.

Ketua Operasi yang juga Penguasa Bomba (PgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Anddre Andrew berkata, kebakaran berkenaan melibatkan rumah setinggan atas air berstruktur kayu dengan keluasan terbakar satu ekar lebih.

Jelasnya, BBP Sandakan terima panggilan kecemasan pada jam 1.42 pagi dan menggegaskan 17 orang anggota bersamanya ke lokasi kebakaran.

Sejurus tiba, tambahnya pasukan Bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut untuk memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan diisytihar selamat.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 2.50 pagi dan ditamatkan pada jam 4.32 pagi.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

 

Sumber : SabahNewsToday


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background