10 Perkara tentang Aishah

Written by on 20/12/2017

AISHAH, penyanyi lagenda negara dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-4 menewaskan 5 penyanyi hebat yang lain. Antara lagu-lagu popular nyanyian Aishah seperti ‘Janji Manismu’, ‘Camar Yang Pulang’ dan banyak lagi. Tapi ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya Aishah walaupun penyanyi ini sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air.

1. Nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin berasal dari Jempol, Negeri Sembilan

Mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian pada tahun 1983 selepas memenangi satu pertandingan talent time. Pernah merakam lagu bersama penyanyi Malek Ridzuan, kemunculan Aishah ketika itu tidak meninggalkan impak yang besar.

2. Pernah menggunakan nama Natasha Aminah

Ini mesti ramai yang tidak tahu. Satu ketika dahulu, Aishah pernah menggunakan nama samaran Natasha Aminah kerana bimbang pembabitannya dalam bidang muzik diketahui bapanya.

View this post on Instagram

Thank you Amir Kadir for my outfit…

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

3. Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak & Sains Politik

Aishah kemudian melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand dan memiliki kelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan Sains Politik.

4. Pernah menganggotai kumpulan The Fan Club

Di New Zealand, Aishah menganggotai kumpulan The Fan Club sebagai vokalis, yang turut dianggotai penerbit dan pengkritik muzik, Paul Moss, sebagai pemain gitar.

5. Mempunyai dua album bahasa Inggeris

Bersama The Fan Club, Aishah melahirkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).

6. Lagu nyanyiannya pernah menduduki carta Billboard 100

Fenomena yang dicipta The Fan Club ketika itu cukup luar biasa, dan single “Dont Let Me Fall Alone” pernah menduduki carta Billboard 100 di Amerika Syarikat, selain pernah dinobatkan sebagai Artist of the Year dalam majlis penganugerahan New Zealand Music Awards.

7. Rakam album bahasa Melayu pada tahun 1990

Aishah kembali ke Malaysia pada tahun 1990 dan merakamkan album berbahasa Melayu pertamanya terbitan Allahyarham Adnan Abu Hassan.

8. Lagu popular “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka”

Album berjudul Aishah itu meletup dengan beberapa buah lagu seperti “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka” dan “Syurga di Telapak Kaki Ibu”, yang menjadi siulan sehingga kini.

9. Sehingga kini Aishah memiliki 10 buah album

Sepanjang 27 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, Aishah sudah melahirkan 10 buah album.

10. Pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan

Aishah memaklumkan telah berkahwin kali keempat namun memilih untuk merahsiakan identiti suaminya. Melalui dua perkahwinan terdahulu, Aishah dikurniakan dua anak lelaki, Armand Zahari, 24, dan Azhad Ahlami, 19.

 

Sumber: Rotikaya.com

 


Reader's opinions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Current track
Title
Artist

Background